fbpx

TFC terus cemerlang tewaskan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Terengganu FC, Dechi Marcel (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus sebentar tadi.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) meneruskan rekod cemerlang ke atas Selangor musim ini apabila menang 2-1 pada aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu merupakan yang ketiga diraih skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain dalam semua pertandingan selain membolehkan TFC memimpin saingan Kumpulan B dengan enam mata penuh.

Minit pertama permainan bagaimanapun memihak The Red Giants menerusi Ifedayo Olusegun yang menerima umpanan Mukhairi Ajmal Mahadi namun berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah.

Gerakan satu dua Ifedayo dan Mukhairi terus mencemaskan Terengganu tetapi mujur bola itu sempat dikeluarkan pertahanan, Azam Azmi Murad di atas garisan gol pada minit ke-14.

Penantian TFC terlerai pada minit ke-23 apabila hantaran Faisal Abdul Halim gagal dibaca Selangor untuk Dechi Marcel melepaskan rembatan luar kotak yang menggegarkan jaring gol lawan.

Aksi babak kedua semakin sengit setelah tuan rumah menjarakkan kedudukan 2-0 hasil gerakan Faisal dari sebelah kiri yang mudah disambar pemain tengah import, Lee Tuck pada minit ke-52.

Hasrat penyerang Terengganu, Jordan Mintah, mencetak nama selaku penjaring tidak kesampaian apabila percubaannya pada minit ke-59 dan ke-60 telah dinafikan penjaga gol Selangor, Mohd. Khairulazhan Khalid.

Mohamad Ashmawi Yakin merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-75 untuk menghidupkan kebangkitan Selangor namun ia sudah terlewat untuk menghalang kemenangan TFC. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI