fbpx

Pemuda jumpa Tok Mat bawa Mercedes klasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan Tok Mat sedang memandu Mercedes klasik berseorangan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menjengah Facebook peminat kereta lama yang dikenali sebagai ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’, kita pasti teruja dengan gambar-gambar yang dikongsi pembacanya.

Terbaru, seorang lelaki telah terserempak sebuah kereta Mercedes klasik dan cuba mengejar serta merakam video kereta tersebut, apa yang berlaku amat mengejutkan.

Ternyata, kereta Mercedes klasik tersebut dipandu oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan atau turut dikenali sebagai Tok Mat yang cukup dihormati orang ramai.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan Tok Mat tersenyum apabila dirinya dirakam semasa beliau sedang memandu kereta klasik tersebut.

Video itu telah meraih perhatian ramai apabila mereka menyifatkan seorang kenamaan (VIP) memandu sendiri kereta tersebut dan bersiar-siar berseorangan.

Bagi Nasrul Hakim, sebelum Tok Mat terjun ke bidang politik, beliau adalah tokoh korporat berjaya yang telah memegang beberapa jawatan tertinggi di pelbagai syarikat korporat.

“Sebelum ini Tok Mat Ketua Pegawai Eksekutif kepada jenama kereta buatan Jerman, Mercedes-Benz.

“Waktu itu, beliau memegang jawatan tersebut di syarikat pengedar rasmi Mercedes-Benz terkemuka negara iaitu Cycle & Carriage, “jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI