fbpx

Pembantu peribadi Nicky didakwa ubah wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan Geng Nicky didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas enam tuduhan pengubahan wang haram dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak betul antara 2018 dan 2020.

Tertuduh Lim Kang Li, 31, yang merupakan pembantu peribadi kepada ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Kang Li didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM119,826.72 mengikut Perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Kang Li didakwa mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak betul dengan meninggalkan pendapatan berjumlah RM440,250 yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM104,018.72 bagi tahun taksiran 2017 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penalti khas dua kali ganda daripada amaun.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keenam, wanita itu didakwa gagal mengemukakan borang nyata cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2019 tanpa alasan yang munasabah mengikut subseksyen 112(1) akta sama (Akta Cukai Pendapatan).

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta (Penggajian), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 4 Mei 2018 hingga 16 Mei 2020. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI