fbpx

Negara kekurangan guru agama peringkat sekolah menengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui berlaku masalah kekurangan guru agama terutamanya pada peringkat sekolah menengah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat 30 Ogos lalu hanya 16,024 guru agama ditempatkan di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama mengajar di sekolah rendah.

“Kita faham tentang kekurangan guru agama di seluruh negara dan KPM sentiasa mencari jalan untuk menambah bilangan guru sedia ada.

“Saya bagi contoh di Sabah di mana kita telah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam ke arah membantu menangani masalah kekurangan guru agama di negeri itu.

“Saya ingat semua negeri kita boleh (pergi) berbincang insya-Allah kita akan pastikan jalan-jalan yang sesuai untuk mana-mana institusi pendikan melahirkan lebih ramai guru agama yang kompeten,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berhubung jumlah guru agama di seluruh negara yang dilihat tidak mencukupi serta keperluan tambahan berkaitan isu tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI