fbpx

Lahirkan bayi tanpa bapa, remaja dakwa ‘dibuntingkan’ makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis menolak kenyataan remaja itu dan mengambil sampel DNA bayi, bapa tiri dan bapa kandung remaja bagi mengenal pasti ayah sebenar anaknya. - Google

JAKARTA – Seorang remaja perempuan di Kabupaten Madiun, Jawa Timur mendakwa ‘dirogol’ makhluk halus hingga melahirkan seorang bayi, lapor Suara.com, semalam.

Menurut polis, keluarga itu membuat laporan bahawa bayi yang baru dilahirkan remaja berkenaan tidak mempunyai bapa dan mendakwa dia telah dibuntingkan oleh makhluk halus.

Bagaimanapun, pihak polis mengesyaki ia adalah sekadar satu percubaan menutupi kes sumbang mahram yang berlaku dalam keluarga tersebut.

“Ketika siasatan dijalankan, nenek mangsa memberitahu cucunya hamil kerana ‘dirogol’ makhluk halus di pinggir kampung ketika bermain di situ.

“Namun begitu, polis dapat mengesan beberapa fakta kurang tepat dalam keterangan keluarga ini. Kami juga telah mengambil tiga sampel asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu bayi, bapa tiri dan bapa kandung remaja tersebut,” jelas Ketua Siasatan Jenayah Madiun, Asisten Komisioner Ryan Wira Raja Pratama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI