fbpx

Jessica Iskandar sudah dilamar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR saat dilamar kekasihnya, Vincent Verhaag.

AKTRES Jessica Iskandar berkongsi khabar bahagia apabila mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang pemuda tampan bernama Vincent Verhaag.

Bukan itu sahaja, Jessica sebenarnya telah dilamar jejaka bergelar model itu untuk dijadikan isteri.

Perkara tersebut dikongsi pelakon yang sedang menetap di Bali itu dengan dengan memuat naik sebuah video dalam Instagramnya.

Dalam video berkenaan, kelihatan Vincent sedang berlutut ketika melamarnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

“Kejutan yang sungguh menggembirakan,” ujar Jessica pada kapsyen video tersebut.

Video tersebut turut menarik perhatian ramai sehingga abang kandungnya, Erick dilihat turut meninggalkan pesanan dan mendoakan kebahagiaan adiknya.

“Tolong jaga baik-baik adik saya,” ujar Erick.

Difahamkan, Jessica dan Vincent merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI