fbpx
Firdaus Wong

Firdaus Wong bantu mangsa liwat guru tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara percuma dan sokongan kepada keluarga kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, setelah selesai berbincang bersama ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia merasa geram, marah, kesal serta sedih terhadap mangsa.

Katanya, bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada ‘ustaz’ di tahfiz tersebut.

“Laporan polis telah dibuat tahun lepas namun tiada tindakan atau perkembangan terkini kes.

“Mereka meminta bantuan kami. Insya-Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara percuma selain sokongan kepada keluarga yang trauma dari kejadian,” katanya.

Jelasnya, ibu mangsa memohon bantuan pihak kami untuk mendapatkan keadilan setelah trauma dengan perkara tersebut.

“Ibu mangsa menyatakan, niat menghantar anak ke tahfiz untuk belajar agama tetapi tidak sangka pula diliwat. Disebabkan itu, wanita terbabit menyesal dan trauma melihat orang berjubah, berserban atau berkopiah.

“Kita tidak mahu sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi Insya-Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu semua yang terkesan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR