fbpx

Angkasa sokong usaha penanaman semula pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah menunjukkan MoU yang ditandatanganinya bersama Yayasan Hijau Malaysia sebentar tadi.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Hijau Malaysia bagi menggerakkan Program CSR COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pelaksanaan program sebagai menyokong agenda nasional untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025.

“Program itu merupakan tanggungjawab sosial Angkasa mewakili gerakan koperasi negara untuk menggalakkan 14,629 buah koperasi yang mempunyai 6.5 juta anggota di seluruh Malaysia menyokong usaha penanaman semula pokok.

“Inisiatif berimpak tinggi itu akan memfokuskan kepada penanaman semula pokok sama ada di kawasan hutan, rizab hutan, kawasan awam, institusi dan sebagainya bagi menangani masalah peningkatan pelepasan karbon,” katanya selepas menandatangani MoU itu secara maya hari ini.

Katanya, koperasi melaksanakan program penanaman pokok menggunakan pakej Yayasan Hijau Malaysia akan menerima potongan cukai sebanyak 10 peratus daripada jumlah pendapatan agregat tahunan.

“Bagi anggota koperasi yang menyertai secara individu akan mendapat potongan cukai sebanyak tujuh peratus.

“Angkasa juga akan memberi baucar ganjaran melalui pakej tajaan individu yang menanam pokok melalui aplikasi “Penghijauan Malaysia”. Sebanyak 500 baucer digital Coop Farmasi ditawarkan,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI