fbpx

PKR Negeri Sembilan mahu Anwar kekal di Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – PKR Negeri Sembilan tetap mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal di Parlimen Port Dickson.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tawaran dan pelawaan adalah perkara biasa, namun, pihaknya mengalu-alukan untuk Anwar kekal di bertanding di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Tawaran itu biasalah, tapi saya rasa masa masih jauh lagi, serahkan kepada tuan badan untuk menentukan mana beliau mahu bertanding.

“PKR Negeri Sembilan masih mengalu-alukan Anwar untuk bertanding di Port Dickson. Tawaran daripada Ketua MPN negeri (Perak) itu biasalah, tiada masalah,” katanya sempena Program Ziarah Mangsa Serangan Kera di Taman Dusun Nyior, di sini, tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyatakan tawaran kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-15 akan datang sebagai langkah mengukuhkan parti serta menawan negeri tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI