fbpx

Lima Permata Raub termasuk musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Rosdy (empat dari kanan) diiringi Shamsaini (dua dari kiri) menandatangani plak perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT Daerah Raub, di sini semalam.

RAUB – Lima Permata Raub dikenal pasti dalam usaha membangunkan Raub sebagai lembah agro lestari sekali gus memperkukuhkan kedudukan daerah yang pernah dikenali sebagai bandar perlombongan emas itu ke peringkat global.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia), Dr. Shamsaini Shamsuddin berkata, durian musang king yang terkenal di daerah ini menjadi antara permata Raub yang akan menjadi ikon produk pertanian daerah itu di peringkat global.

“Untuk itu dicadangkan pembinaan model bisnes Raub agropolitan dan cadangan Raub Agrotech Centre sebagai pemangkin kepada nilai pengeluaran hasil pertanian di daerah Raub dan Pahang.

“Empat lagi Permata Raub ialah Bukit Fraser sebagai eko warisan tanah tinggi, Kompleks Geopark Benum bagi kluster pelancongan geologi, bandar Raub yang bertemakan Raub bandar agro warisan dan eko serta agro pelancongan di Raub,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Raub di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub di sini semalam.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Aziz Mat Kiram; ADUN Dong Datuk Shahirudin Moin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Menurut Shamsaini, dalam membangunkan keindahan Bukit Fraser yang berkonsepkan ‘Little England’ antara cadangan adalah pembinaan Taman Negeri Bukit Fraser, Taman Floria dan sebagainya.

Katanya, pembinaan kompleks Geopark Benum juga amat signifikan dengan penemuan kompleks batuan igneus berusia jutaan tahun dan penemuan bunga rafflesia di Hutan Simpan Gunung Benum di sini.

“Bagi kawasan bandar Raub pula dicadangkan pembinaan zon warisan termasuklah Muzium Warisan dan Kesenian Raub dan penggunaan tagline promosi pelancongan ‘Weh Moh Ke Raub,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI