fbpx

LHDN jamin data, maklumat diselia mereka selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi jaminan bahawa semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan mereka adalah selamat.

LHDN menerusi satu kenyataan berkata, data dan maklumat itu dijamin selamat kerana ia dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf sekali gus menafikan laporan kononnya berlaku kebocoran data seperti didakwa sebuah portal.

“Siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa,” katanya hari ini.

LHDN menjelaskan, pihaknya hanya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.

“LHDN kini sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan ini.

“LHDN amat kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data dan maklumat mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI