fbpx
Annuar.

Jangan ada komuniti ketinggalan dalam pendigitalan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan bekerjasama dengan semua pemegang taruh di dalam industri untuk memastikan tiada komuniti yang ketinggalan dalam pendigitalan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, akses kepada internet sebagai hak asasi manusia akan menjadi pemacu utama bagi kementerian.

“Sehubungan itu, KKMM komited di bawah RMK-12 untuk memberi tumpuan bagi mempertingkat ketersambungan digital dan memperhebat ekonomi digital serta memberi nilai tambah dan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Saya juga telah berjumpa dengan pelbagai pemegang taruh di dalam industri telekomunikasi termasuk daripada pihak swatsa untuk memastikan inisiatif pendigitalan di bawah RMK-12 menggunakan satu pendekatan keseluruhan negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KKMM mengetuai Kluster Infrastruktur Digital dan Data iaitu salah satu daripada enam kluster yang dibentuk di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar 4IR Negara bagi mempercepatkan ekosistem pembangunan ekonomi digital dan 4IR negara.

“Oleh demikian, kementerian akan sentiasa memantau dan memastikan pelaksanaan inisiatif pendigitalan yang dinyatakan di bawah Kluster Infrastruktur Digital dan Data ini dilaksanakan mengikut fasa yang ditetapkan sehingga 2025 atau dipercepatkan lagi daripada sasaran ditetapkan.

“Serta bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan kerana inisiatif-inisiatif pendigitalan merentas kementerian dan agensi lain,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR