fbpx

Firdaus Wong wakil Malaysia sebelum jadi pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong pernah mewakili skuad bolasepak dalam kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun pada 2002.

PETALING JAYA – Tidak dinafikan nama pendakwah terkenal Firdaus Wong kini antara yang menjadi sebutan berhubung dengan pendedahahan kisah gangguan seksual melibatkan individu terkenal.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum memeluk agama Islam dan menjadi pendakwah, Firdaus sebenarnya merupakan seorang pemain bola sepak.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Firdaus menerusi saluran Telegram miliknya sambil menunjukkan pas pemain ketika mewakili skuad kebangsaan dalam sebuah kejohanan.

“Ini sahaja jadi kenangan diberikan peluang mewakili skuad bola sepak kebangsaan bawah 20 Tahun dalam Kelayakan Piala Asia pada 2002 dan menjadi satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam pasukan.

“Masa itu masih belum Islam dan antara pemain yang saya masih ingat dalam skuad ialah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani.

“Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin,” kongsinya semalam.

Firdaus Wong berkata, ia merupakan kali kedua dia mewakili skuad kebangsaan selepas mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

Selain itu, dia turut berkongsi tentang penglibatannya dalam Kejohanan Piala Nike 1998 apabila mewakili pasukan Kuala Lumpur.

“Gambar ini semasa Kejohanan Piala Nike 1998 di PULAPOL. First game kami, KL belasah Sarawak. Posisi saya waktu itu adalah ‘stopper’ tetapi terlibat dalam ‘set-pieces corner dan aksi ‘free kick’,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI