fbpx

Ahli perniagaan rugi RM12,000 angkara pelaburan Forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Gara-gara mahu mendapatkan pulangan yang lumayan, seorang ahli perniagaan kerugian RM12,000 selepas melabur dalam pelaburan Forex Veonco di Pandan Prima, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada Disember tahun lalu, mangsa telah berminat memasuki pelaburan forex yang ditawarkan rakannya dengan mengatakan pelaburan itu menjanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus setiap bulan.

“Terpengaruh dengan kata-kata itu, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,800 ke dalam akaun syarikat tersebut dan mangsa dikatakan telah mendapat pulangan sebanyak RM10,000.

“Mangsa turut mendakwa pelaburan berkenaan dikawal oleh syarikat Veonco yang terletak di United Kingdom,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa turut mengajak saudara mara dan kawan-kawan untuk turut serta dalam pelaburan tersebut dengan membuat bayaran ke lima akaun berlainan dan secara tunai kepada syarikat terbabit.

Jelas beliau, semakan mendapati pelaburan Forex Veonco tersebut menggunakan modus operandi dengan menjanjikan keuntungan tinggi kepada pelanggan sebagai tarikan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ia telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor.

“Bagaimanapun kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas sebab tiada pembuktian yang mencukupi dan keterangan yang bercanggah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Mohamad Farouk memberitahu, hanya satu laporan polis yang diterima daripada mangsa dan polis tidak menerima laporan daripada mangsa-mangsa lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI