fbpx

Industri acara perniagaan perlu dibuka segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam

PETALING JAYA- Industri acara perniagaan perlu dibuka segera berikutan menjadi antara kumpulan yang terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan anggaran kerugian melebihi RM4.05 bilion.

Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pembukaan industri acara perlu dilihat sebagai acara perniagaan dan bukannya kategori sosial, perhimpunan orang ramai serta hiburan.

“Ia begitu mustahil untuk pemain industri terus bertahan jika tidak dibuka sekarang dan pembukaannya perlu dibuat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“WTC yang berperanan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Mega dengan kehadiran 21,000 orang sehari turut menunjukkan bagaimana industri acara perniagaan berteraskan kesihatan dan ekonomi boleh digerakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Irmohizam berkata, bidang acara perniagaan boleh dibuka dengan SOP sama, bukan sahaja di WTCKL sebalikya melibatkan semua industri acara yang lain.

“WTCKL berbesar hati melaksanakan percubaan bagi pembukaan industri ini mengikut fasa bermula Oktober dengan permulaan seramai 50 peratus pengunjung.

“Jadi, penelitian bersama antara kerajaan dan pemain industri perlu diwujudkan sehingga ia dapat dibuka semula,” jelasnya.

Sementara itu, Irmohizam turut menggariskan beberapa SOP dalam usaha membenarkan industri acara perniagaan beroperasi antaranya had kehadiran pengunjung, kawalan jarak pergerakan, pemeriksaan berkala sistem ventilasi serta pengesahanan kontak. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI