fbpx

250 kes kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Negara merekodkan 250 kes kematian Covid-19 termasuk 91 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari, demikian menurut data di laman web CovidNow.

Maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam semalam memaklumkan, angka tersebut menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 24,931 kes.

“Terdapat 49 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID sebanyak 4,887 kes,” menurut data tersebut hari ini.

Negeri yang mencatatkan kematian melibatkan Selangor (65), Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Kelantan (14), Perak (14), Sarawak (16), Pahang (9), Kedah (6), Terengganu (6), Kuala Lumpur (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3) serta tiada kes dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 195,837 kes aktif terdiri daripada 163,875 kes dikuarantin di rumah, 20,786 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 10,121 kes di hospital, 460 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 595 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI