fbpx

RXZ harga RM60,000 dijual dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe bersama RXZ yang dijual pada harga RM60,000 baru-baru ini

PETALING JAYA – Motosikal keluaran Yamaha iaitu RXZ dan 125zr masing-masing melonjak harga serta mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan harga puluhan ribu.

Yamaha RXZ yang mula dilancarkan pada pertengahan tahun 80-an itu sudah ditamatkan pengeluarannya sejak 2011 dan model ini masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

Setelah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha, model ini menjadi punca sekaligus menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai lagenda atau ‘rare’

Terbaru, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklankan motosikal Yamaha RXZ untuk dijual kembali dalam keadaan 90 peratus New Old Stock (NOS) dengan harga mencecah RM62,000.

Selain itu, pemuda berkenaan juga menawarkan pembelian bersama (combo) dengan helmet jenama Bell berwarna oren pada harga RM65,000 dengan jumlah kedua-duanya bernilai RM122,000.

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat dua roda sekaligus mengundang kecaman berikutan harga yang dikatakan tidak masuk akal.

Walaupun mendapat kecaman ramai, tidak sampai 24 jam diiklankan di Facebook, pemiliknya tetap berjaya menjual motosikal Yamaha RXZ itu pada harga RM60,000 kepada seorang pembeli dari Kedah.

Jelas pemilik asal motosikal tersebut, Joe Shaari berkata, seorang pembeli dari Kedah telah membeli motosikalnya pada harga RM60,000 baru-baru ini.

“Alhamdulillah, rezeki Allah luas, jangan kita kecilkan, RXZ biru bohjan telah terjual dengan harga RM60,000 oleh seorang pemberani dari Kedah.

“Terima kasih kepada semua yang kongsi pos saya, yang kecam tu kita relaks-relaks saja sebab mereka lah yang mempromosikan pos saya,” jelasnya – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI