fbpx
Gambar hiasan

Rentas negeri beberapa minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kelonggaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, ia ekoran sebanyak 81 peratus populasi dewasa ataupun 18.9 juta individu telah divaksin sehingga Rabu lalu.

“Ini yang ditunggu-tunggu, iaitu untuk rentas negeri apabila mencapai 90 peratus penduduk yang divaksinasi.

“Kalau Rabu baru-baru ini dah 81 peratus, maknanya dah tak lama dah nak rentas negeri. Jadi bolehlah balik kampung jumpa ibu bapa, saya difahamkan ada dah setahun tak berpeluang jumpa ibu bapa dan sebagainya, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini.

Ismail Sabri pada Rabu lalu mengumumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan sekiranya 90 peratus penduduk dewasa telah divaksinasi berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Selain rentas negeri, pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan juga dibenarkan dibuka sekiranya mencapai kadar vaksinasi dewasa ditetapkan tersebut. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR