fbpx

Lori terbabas : Pemandu lori ada 7 rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar detik-detik lori terbabas di KM10.9 NKVE, semalam.

SHAH ALAM – Pemandu lori yang terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) selepas memandu di bawah pengaruh dadah jenis syabu direman selama tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, reman terhadap suspek lelaki berusia 33 tahun itu diperoleh selepas permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret di sini.

Katanya, berdasarkan semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau.

“Ini termasuk lima kes berkaitan dadah termasuk memiliki dadah dan dua kes jenayah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! difahamkan antara kes jenayah suspek tersebut melibatkan pecah rumah dan membuat laporan palsu.

Kata beliau, bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

Justeru, Ramsay memberitahu, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu klip video yang tular mengenai sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan lori tersebut yang dalam perjalanan ke Subang didapati hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur selain ujian saringan air kencing mendapati positif methaphetamine. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI