fbpx

Jangan susahkan rakyat, sesuaikan syarat ikut suasana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (tiga dari kiri) menyerahkan surat tawaran penyertaan BEP kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Impex Sdn. Bhd., Iskandar Naini Hanifah di Kuala Lumpur .

KUALA LUMPUR – Agensi kerajaan diseru supaya menghapuskan syarat-syarat serta kriteria yang tidak perlu bagi mempermudahkan perniagaan, ter­utamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memanfaatkan bantuan yang dihulurkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pendekatan yang diamalkan oleh agensi pelaksana perlu diubah dan disesuaikan de­ngan suasana pandemik sekarang.

“Nak tolong, tolong betul-be­tul, jangan akhirnya menyusahkan rakyat.

“Kalau ikut perancangan dalam tempoh tiga bulan ini sahaja hampir RM7.12 bilion (bantuan) akan disalurkan bagi membantu usahawan.

“Tetapi kalau syaratnya banyak, saya menteri hanya boleh bercakap sahaja tetapi, pelaksanaannya adalah pada agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Pelancaran Let’s XCESS 2021 dan Business Exports Programme (BEP) yang diadakan di ibu negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya.

Menurut Noh, program libat urus jelajah Let’s XCESS 2021 oleh SME Bank dengan kerjasama rakan strategik lain akan membolehkan usahawan mendapatkan bantuan dalam semua aspek perniagaan dengan kadar segera.

Sementara itu, BEP yang telah dilaksanakan SME Bank pada 2019 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Per­dagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah memperlihatkan kejayaan memberangsangkan.

Melaluinya, sebanyak 73 syarikat tempatan telah mencatat peningkatan hasil eksport sebanyak RM141.4 juta.

“Kementerian telah menyediakan dana berjumlah RM30 juta untuk program ini yang akan dilanjutkan sehingga 2025 bagi memanfaatkan 150 usahawan bumiputera.

“Kami menyasarkan program BEP ini akan dapat melahirkan sekurang-kurangnya 75 syarikat pengeksport baharu dan mencatat peningkatan jualan eksport keseluruhan peserta sebanyak RM75 juta,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI