fbpx

Perlu pertimbang kriteria baharu pembiayaan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program subsidi upah perlu diteruskan sehingga tahun depan bagi memberi ruang kepada PKS untuk kembali bernafas dan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan dan institusi kewangan disaran mempertimbangkan pengenalan syarat-syarat baharu yang lebih relevan bagi meluluskan bantuan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ekonomi luar biasa kini.

Pengarah dan Pengasas Bersama Orpheous Capital Sdn. Bhd., Muhammad Hamudi Abdul Khalid berkata, antara kriteria yang boleh dilihat adalah prestasi perniagaan sebelum pandemik.

Jelasnya, ketika kadar vaksinasi populasi dewasa negara telah mencapai 90 peratus dan pelbagai sektor ekonomi mula dibenarkan beroperasi, banyak perniagaan yang memerlukan modal untuk memulakan semula operasi mereka.

“Namun disebabkan cabaran pandemik, akaun perniagaan-kumpulan yang terjejas adalah kurang baik dan ini ­menyebabkan mereka sukar mendapat pinjaman. Sehubu­ngan itu, dalam suasana luar biasa kini, pihak pemberi pinjaman perlu melihat kriteria baharu yang bersesuaian dengan si­tuasi pemohon.

“Antara perkara yang boleh dilihat adalah perolehan mereka sebelum ini. Sekiranya sebelum Covid-19, pemohon mampu menjana pendapatan RM100,000 jadi mungkin boleh diberi pembiayaan sekitar 30 peratus daripada jumlah tersebut,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Orpheus Capital merupakan syarikat teknologi kewangan digital yang menyediakan pembiayaan patuh syariah dengan memfokuskan kepada PKS yang kurang dilayan pihak bank.

Antara produk terbaharu syarikat adalah program pem­biayaan jangka pendek iaitu Gaji­Now Financing bersesuaian untuk per­usahaan serta individu.

Tambah Muhammad Hamudi, pembiayaan itu mendapat sam­butan baik merentasi pelbagai industri termasuk sektor pertanian.

Selain itu, pihaknya bersetuju dengan saranan supaya kerajaan meneruskan program subsidi upah pada tahun hadapan, terutamanya melibatkan sektor yang tidak dibenarkan bero­perasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Insentif ini perlu diteruskan sehingga tahun depan bagi memberi ruang kepada perniagaan untuk bernafas dan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI