fbpx

Vimigo, pitchIN jalin usaha sama bantu PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUN (kiri) bertukar dokumen MoU dengan Kashminder di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Vimigo, ­penyedia penyelesaian masalah dan isu dalam pengurusan syarikat, optimis terhadap u­saha sama yang terjalin dengan Pitch Platforms Sdn. Bhd. (pitchIN) bakal memberi peluang kepada syarikat membantu kira-kira 100 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha penjanaan dana awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Vimigo, Shane Mun berkata, melalui penjanaan dana awam yang diperoleh, pelanggan syarikat yang terdiri daripada PKS berkonsepkan tradisional dapat mengembangkan perniagaan dan rangkaian masing-masing.

“Ini adalah masa terbaik untuk kami membantu PKS meluaskan operasi perniagaan dalam persekitaran semasa yang kini menuju ke arah digitalisasi serta menjangkau ke pasaran ASEAN sehingga ke rantau Asia Pasifik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pe­meteraian memorandum persefahaman (MoU) antara dua syarikat tersebut baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Strategi pitchIN, Kashminder Singh.

Selain itu, Kashminder me­nerangkan, pitchIN, platform pendanaan awam ekuiti, berkeyakinan untuk mencapai sasaran penjanaan sehingga RM200 juta pada tahun ini dengan melibatkan sebanyak 200 syarikat.

Menurut beliau, usaha sama ini seiring dengan misi syarikat untuk membantu lebih banyak PKS melalui Vimigo.

“Sasaran pertumbuhan tahunan adalah sebanyak 40 peratus namun kami tidak menetapkan sebarang nilai sasaran pelaburan kerana mahu ia tumbuh secara organik.

“Kami berharap lebih banyak PKS dapat dibantu tidak kira daripada apa juga latar belakang perniagaan mereka,” jelasnya.

Ditanya mengenai impak pandemik Covid-19 kepada operasi pitchIN, beliau menjelaskan, perkara sebaliknya berlaku kepada syarikat.

“Kami begitu sibuk sehingga tiada masa untuk ambil cuti,” jelasnya.

Kashminder berkata, ini ke­rana permintaan daripada syarikat untuk meneruskan aktiviti dan meluaskan operasi dalam persekitaran ekonomi semasa sema­kin bertambah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI