fbpx

45 peratus Orang Asli di Perak lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 45 peratus masyarakat Orang Asli di Perak telah lengkap dua dos vaksin Covid-19. - Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Seramai 19,104 Orang Asli di Perak atau kira-kira 45 peratus telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin sehingga semalam.

Difahamkan jumlah Orang Asli dalam sembilan daerah di negeri ini adalah seramai 60,795 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, daripada jumlah itu seramai 42,333 adalah mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan layak menerima suntikan vaksin.

“Ini adalah usaha keras yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Perak.

“Usaha ini wajar diberikan pujian meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyakinkan masyarakat berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Orang Asli Gangai, Slim River, di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI