fbpx

Selangor rekod kematian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selangor kekal merekodkan angka kematian tertinggi dengan 178 kes daripada 487 kes kematian Covid-19 semalam, menurut laman web CovidNow.

Menurut data di laman web CovidNow yang dikemas kini pukul 11.59 malam semalam, jumlah 487 kes kematian tersebut termasuk 106 kes yang dilaporkan bagi purata tempoh tujuh hari.

“Selain Selangor, negeri-negeri lain ialah Sabah (87), Johor (63), Terengganu (44), Pulau Pinang (36), Kelantan (26), Perak (18), Kedah (14), Melaka (5), Pahang (5), Negeri Sembilan (5), Perlis (2) dan Sarawak (1), manakala tiada kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

“Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 terkini sebanyak 24,565 kes,” menurut maklumat tersebut hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 161 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, menjadikan jumlah kes BID sebanyak 4,809 kes.

Sementara itu, sebanyak 201,274 kes aktif melibatkan 168,258 kes dikuarantin di rumah, 21,581 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 10,321 kes di hospital, 499 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 615 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI