fbpx

Pahang buka semula masjid kepada musafir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Orang ramai termasuk warga asing dan musafir sudah boleh melaksanakan ibadat solat di masjid atau surau di negeri ini walaupun belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat susulan kerajaan negeri mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau selepas Pahang beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.

“Kehadiran jemaah juga adalah terbuka kepada semua sama ada yang telah divaksin atau belum divaksin, manakala jemaah daripada kalangan bukan warganegara dan bukan ahli kariah juga dibenarkan dengan mengikut SOP solat di ruang musafir yang ditetapkan.

“Bagi solat Jumaat pula kehadiran jemaah di masjid dan surau bergantung kepada keluasan kapasiti sesebuah rumah ibadat itu, tertakluk kepada kemampuan serta kawalan terhadap jemaah oleh pihak masjid atau surau itu sendiri,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, SOP baharu itu berkuatkuasa semalam manakala SOP lengkap sebagai panduan kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam masa terdekat.

Katanya, bagaimanapun kanak-kanak yang belum baligh dan juga jemaah yang bergejala atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dilarang untuk hadir di masjid.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI