fbpx

Obesiti penyebab masalah botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis percaya bahawa makanan yang tinggi kandungan lemak akan menyebabkan masalah botak. – Getty Images

TOKYO – Satu kajian mendapati bahawa pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan menyebabkan masalah botak, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian oleh kumpulan saintis dari Universiti Perubatan dan Pergigian Tokyo itu dilakukan ke atas tikus untuk mengetahui tentang bagaimana makanan yang tinggi kandungan lemak atau individu yang mengalami masalah obesiti dapat memberi kesan terhadap keguguran rambut.

Hasilnya mendapati bahawa obesiti boleh menyebabkan penipisan sel stem folikel rambut (HFSC) yang kebiasaannya mengalami pembaharuan secara sendiri bagi membolehkan rambut untuk tumbuh.

Apabila seseorang itu semakin tua, sebilangan HFSC tidak lagi mengalami pembaharuan semula, sekali gus menyebabkan masalah rambut yang menipis.

“Pemakanan tinggi kandungan lemak akan mempercepatkan proses penipisan rambut dengan mengurangkan HFSC yang mengisi semula sel-sel matang bagi pertumbuhan rambut, terutamanya bagi tikus lebih berusia,” kata ketua penulis kajian tersebut, Hironobu Morinaga.

Tambah Morinaga, pasukannya membandingkan tindak balas HFSC antara tikus yang diberi makanan dengan kandungan lemak yang tinggi serta tikus dengan diet standard.

“Kami mendapati bahawa tikus yang mengalami obesiti lebih cepat menunjukkan gejala-gejala keguguran bulu dan mempunyai folikel rambut yang lebih kecil,” jelasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI