fbpx
UQASHA SENROSE

Dah nampak seri pengantin Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUM tahu si cantik Uqasha Senrose bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, cuma tarikh saja tak dimaklumkan.

Terbaharu, Uqasha mencuri perhatian apabila menjadi wajah kempen koleksi busana pernikahan pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini.

Susulan foto-foto peragaannya itu, ramai berpendapat, seri pengantin memang dah melekat pada wajahnya.

“Sampai tak perasan itu Uqasha. Cantik, seri pengantin,” komen seorang pengguna Instagram.

Tidak dinafikan Uqasha memang sangat jelita dalam foto-foto kempen tersebut. Nampak polos sahaja.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Uqasha sering memuat naik foto ‘acah-acah kahwin’ sejak akhir-akhir ini.

“Kelirulah dengan Uqasha, sudah nak kahwin betul-betul atau berlakon saja? Nanti hilang seri pengantin kalau asyik acah-acah nak kahwin saja,” tegur seorang netizen.

MIZZ LAHAR: Ramai tak sabar hendak merentas negeri bertemu ibu bapa yang sudah lama tidak berjumpa. Sabar ya semua, sikit lagi.

POPULAR

BERITA BERKAITAN