fbpx
MANJA. INI momen-momen awal Yusuf dan Zizi selepas disatukan sebagai suami isteri.

Cinta Yusuf Bahrin, Zizi Kirana jadi inspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHAD lalu, katanya ramai yang hampir terkena serangan jantung apabila pelakon kacak, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tiba-tiba melangsungkan pernikahan.

Mana tidaknya, gosip cinta hanya baru bertebaran sekitar dua minggu lalu dan langsung tak ada pula cerita nak kahwin sehinggalah sehari sebelum kejadian.

Sejak jadi suami isteri, banyak juga gambar dan video hari pernikahan mereka tular dalam media sosial.

Netizen pula naik cemburu dan terinspirasi dengan cinta Yusuf dan Zizi. Diam-diam berisi, tiba-tiba bernikah.

Hubungan begitulah yang sebaik-baiknya. Tak perlu kecoh tetapi akhirnya tidak ke jenjang pelamin pun.

Inilah orang kata, benda baik patut dijadikan contoh. Semoga laluan hubungan Zizi dan Yusuf dapat dijadikan contoh buat semua yang bakal berkahwin.

MIZZ LAHAR: Dengarnya Iqbal sudah tawar hati nak nikah dengan Datuk Seri Vida. Alahai tak tahan dugaan ke dik?

POPULAR

BERITA BERKAITAN