fbpx

Tak sempat hantar 107kg syabu ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (tengah) menunjukkan sejumlah syabu yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Satu sindiket pengedaran dadah tidak sempat menghantar bekalan syabu seberat lebih 107 kilogram (kg) ke negara jiran selepas polis menyerbu jeti di Sungai Acheh, Balik Pulau di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, enam lelaki berusia 30 hingga 55 tahun termasuk tiga warga asing itu ditahan.

Lima daripada mereka dicekup di jeti tersebut manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Bukit Tambun, Nibong Tebal dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya merampas 100 bungkusan syabu yang dibalut dengan bungkusan teh Cina di dalam sebuah bot gentian kaca.

“Dadah seberat 107.5kg dianggarkan bernilai RM3.87 juta itu dipercayai untuk dihantar ke negara jiran.

“Jumlah dadah itu boleh digunakan  537,500 orang penagih dadah sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya pada sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily memberitahu, suasatan mendapati sindiket itu baru aktif sejak awal bulan ini dan menjadikan negeri ini sebagai lokasi transit.

“Ini kerana harga dadah di negara jiran jauh lagi tinggi daripada harga di negara kita.

“Sindiket itu menggunakan laluan laut untuk menghantar bekalan dadah berkenaan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI