fbpx

Penjawat awam negara jiran antara ditahan melacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan wanita warga asing diberkas selepas dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar George Town, Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Lapan wanita warga asing termasuk seorang penjawat awam dari negara jiran ditahan polis di sekitar daerah Timur Laut, Jumaat lalu selepas disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua suspek ditahan menerusi tujuh serbuan yang dijalankan di premis hotel bajet, rumah tumpangan dan apartment dalam bermula pukul 6 petang hingga 10 malam itu,

Menurutnya, kesemua suspek berusia 25 hingga 47 tahun dan beberapa peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti tersebut turut dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM2,200.

”Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

”Mereka mencari pelanggan menggunakan aplikasi WeChat dan mengenakan bayaran seks sebanyak RM150 hingga RM250,” katanya di sini  hari ini.

Beliau memberitahu, lanjutan daripada operasi berkenaan, semalam pihaknya turut terkesan dengan laporan media yang menyatakan salah seorang tangkapan merupakan isteri kepada seorang penjawat awam di negara jiran.

”Hasil siasatan mendapati salah seorang tangkapan itu mengaku dia adalah seorang penjawat awam di negara jiran.

”Dia mendakwa datang ke negara ini untuk menjalankan aktiviti persundalan bagi memperoleh pendapatan tambahan,” katanya.

Tambah Soffian, pihak polis sedang dalam proses mendapatkan pengesahan berkaitan maklumat tersebut dari pihak kedutaan negara terbabit.

”Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan ditempatkan di lokap berpusat Bayan Baru untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan atas kesalahan melacur.

”Kes turut disiasat di bawah Seksyen
15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan pas lasatan telah tamat tempoh dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial.

“Pihak polis juga menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar tentang operasi yang dijalankan,” ujarnya -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI