fbpx

Tiada lesen memandu, pukul polis, NO:EL ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NO:EL

GARA-gara memandu tanpa lesen, tidak mematuhi ujian pernafasan dan menghalang pelaksanaan tugas pegawai penguat kuasa, penyanyi rap NO:EL ditahan untuk membantu siasatan polis.

Penyanyi yang pernah menyertai program High School Rapper itu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 18 September lalu pukul 10.30 malam di Banpo-dong, Seocho-gu, Seoul.

Ketika kejadian, dia diminta melakukan ujian pernafasan dan menunjukkan kad pengenalan. Bagaimanapun, dia didakwa telah memukul kepala polis yang bertugas dan enggan memberi kerjasama.

NO:EL yang kemudian ditahan untuk memberi keterangan bagaimanapun telah dibebaskan oleh polis.

Selepas berita tersebut dilaporkan, ramai yang mengkritik tindakan tidak bermoral penyanyi itu dan berkata, kelakuannya tidak akan berubah memandangkan bapanya seorang ahli politik.

Dia mudah ‘dibebaskan’ daripada sebarang pertuduhan.

Terdahulu pada September 2019, NO:EL juga pernah terlibat dalam kejadian memandu bawah pengaruh alkohol di kawasan Mapo-gu, Seoul. Atas kesalahan tersebut, NO:EL sepatutnya menerima hukuman penjara.

Kelakuan buruknya berterusan selepas sekali lagi terlibat dalam kejadian memaki dan menyerang orang awam di Busan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI