fbpx

Senarai nama enggan divaksin dipersembah kepada Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahzihan ( kiri) dan Sha'ari (dua kiri) ketika melihat proses suntikan vaksinasi kepada guru kafa, pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah hari ini. -Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bakal mempersembahkan senarai nama individu yang menolak pengambilan vaksin Covid-19 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini.

Senarai nama tersebut membabitkan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di negeri ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, seramai 827 individu yang terlibat telah dipanggil bagi mendapatkan suntikan vaksin berkenaan menerusi program vaksinasi khas yang dianjurkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam hari ini.

“Sehingga jam 11 pagi tadi dapat dilihat jumlah kehadiran adalah seramai 146 orang dan 80 peratus daripadanya menolak untuk mengambil vaksin.

“Kita masih menunggu lagi semua individu ini hadir sehingga jam 3 petang dan selepas itu, nama mereka akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas melawat
proses pemberian di PPV tersebut hari ini.

Sultan Sharafuddin pada awal September lalu bertitah bahawa pihak yang masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 bakal berdepan kemungkinan untuk tidak dibenarkan meneruskan tugas selepas ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan berkata, perbincangan secara lanjut akan dilakukan terhadap tindakan yang boleh dikenakan mengikut peruntukan kuasa yang ada kepada mereka yang enggan mengambil suntikan tersebut. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI