fbpx

Polis rampas 148 unit mesin lombong bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 148 mesin melombong bitcoin yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lucky Garden, Kuala Krai minggu lalu. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 148 unit mesin bagi aktiviti melombong matawang digital, bitcoin yang dianggarkan bernilai RM148,000 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lucky Garden di sini pada minggu lalu.

Suspek yang berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang pada 13 September lalu selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suprintendan Suzaimi Mohamed berkata, lelaki itu ditahan ketika baru sahaja tiba di premis berkenaan dengan menunggang motosikal.

“Suspek menafikan bahawa dia terlibat dalam kegiatan melombong bitcoin secara haram meskipun terdapat laporan mengenai kecurian bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di premis itu.

“Pemeriksaan mendapati, suspek menjalankan aktiviti pemasangan mesin bitcoin dengan mencuri arus elektrik TNB secara haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Suzaimi, dalam tempoh empat bulan premis itu beroperasi secara haram, TNB mengalami kerugian antara RM150,000 hingga RM 200,000 akibat kecurian bekalan elektrik.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI