Gambar hiasan

Polis belum terima laporan pelajar jual gambar bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa, dekat sini terlibat dalam kegiatan menjual gambar bogel gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes tersebut sehingga kini.

“Setakat ini kita belum terima apa-apa laporan berkenaan dakwaan kejadian itu,” ujarnya ringkas hari ini.

Superintendan Ashari Abu Samah

Terdahulu, sebuah portal melaporkan sebuah sekolah antarabangsa sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan dua pelajarnya terbabit dalam penjualan gambar bogel gadis bawah umur.

Terdapat individu yang mendakwa seorang daripada pelajar luar negara itu mengaku telah menyebarkan gambar gadis bawah umur dengan menyiarkan video ‘pengakuan’ berdurasi satu minit 54 saat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN