fbpx

Ahmad Zahid tidak pernah dijanji untuk imuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah dijanjikan imuniti daripada pendakwaan selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, imuniti daripada didakwa tidak akan diberikan sekiranya hasil siasatan mendapati kesalahan itu dilakukan oleh individu yang memberi keterangan.

“Subseksyen 30 (7) Akta SPRM tidak menyediakan imuniti, sebaliknya ia hanyalah pengecualian atas budi bicara pendakwaan kepada sesetengah individu yang membantu dalam siasatan.

“Peruntukan itu hanya terpakai kepada individu yang mendedahkan maklumat atau dokumen sulit dan boleh dikenakan tindakan jenayah atau sivil,” katanya.

Berhujah mengenai isu imuniti itu, Raja Rozela berkata, objektif subseksyen tersebut secara keseluruhannya adalah bagi menggalakkan saksi memberi kerjasama dalam mendedahkan maklumat atau dokumen bagi membantu siasatan SPRM.

Sebelum ini pada prosiding 6 September lalu, pihak pembelaan berhujah bahawa Ahmad Zahid sepatutnya menerima imuniti terhadap kes pendakwaan mahkamah kerana mendedahkan semua maklumat berkaitan transaksi melibatkan yayasannya sendiri, Yayasan Akalbudi.

Ini kerana sepanjang awal penyiasatan dijalankan Ahmad Zahid telah membuat pendedahan sepenuhnya berkaitan maklumat transaksi kepada pihak berkuasa.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 4 Oktober ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI