fbpx

2.7 tan makanan haiwan dari Thailand disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian hasil rampasan oleh Maqis Pulau Pinang di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang mengagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 2,700 kilogram makanan haiwan dari Thailand ke negara ini dalam pemeriksaan di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini semalam.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4.30 petang itu, pihaknya menemui pelbagai jenis makanan haiwan peliharaan tersebut yang bernilai kira-kira RM85,600.

“Produk itu telah ditahan untuk tindakan lanjut kerana didapati telah membawa masuk makanan haiwan tanpa dokumen yang sah seperti Permit Import.

“Kesemua barang dagangan tersebut adalah bertujuan untuk dimasukkan ke pasaran negara ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, perbuatan mengimport keluaran pertanian dan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI