fbpx
Norewani menunjukkan pelbagai jenis barangan kemas yang dijual di premisnya di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam.

‘Simpan duit takut PKP lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kebanyakan kedai emas di Pasar Besar Siti Khadijah di sini didapati masih lengang meskipun harga pasaran emas kini turun RM250 segram berbanding RM266 minggu lalu.

Seorang peniaga emas, Norewani Mohd. Zulkifli , 23, berkata, harga emas dipercayai jatuh selepas mata wang negara kembali stabil apabila kerajaan membenarkan banyak sektor ekonomi dibuka.

“Meskipun harga emas turun, penjualan emas kurang mendapat sambutan.

“Berdasarkan perbualan de­ngan orang ramai, mereka kini berada dalam fasa menyimpan wang ekoran bimbang kes Co­vid-19 kembali meningkat yang mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan semula.

“Harga emas kini turun kepada RM250 segram sejak Khamis lalu, namun peniaga tidak mengalami sebarang kerugian kerana kita masih ada keuntungan dalam menetapkan harga upah barangan kemas,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Norewani, dia mengambil peluang sebaiknya dengan membuka premis setiap hari kerana sudah menutup perniagaan selama hampir tiga bulan ekoran PKP penuh.

Ujarnya, biarpun kurang pe­langgan, namun masih ada individu terutamanya wanita yang datang ke premisnya untuk membeli barangan kemas, cuma tidak serancak hujung tahun lalu.

Harga pasaran emas turun mendadak sehingga RM240 segram pada November tahun lalu dan kadar itu antara terendah sejak negara dilanda Covid-19.

Faridah menunjukkan kancing baju kurung emas yang dibelinya pada harga RM800 di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam.

Sementara itu, seorang pe­langgan, Faridah Derahman, 54, berkata, dia tidak tahu mengenai kejatuhan harga emas ketika ini dan hanya datang ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk meninjau corak barangan kemas terkini.

“Apabila sampai di sini, saya lihat harga emas turun, namun hairan apabila tiada pelanggan seperti sebelum ini.

“Saya membeli sebentuk kan­cing baju kurung emas pada ha­r­ga RM800. Saya untung sebanyak RM200 apabila barangan kemas itu sebenarnya dijual pada harga RM1,000 pada minggu lalu

berdasarkan harga semasa ketika itu,” ujarnya.

Menurut Faridah, rata-rata peniaga memaklumkan kepada­nya bahawa harga emas akan naik semula pada akhir bulan Oktober bergantung kepada nilai mata wang dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN