fbpx

Mangsa banjir Penampang terima bantuan tunai RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji (tiga dari kanan) ketika meninjau situasi terkini di Kampung Sugud, Penampang hari ini.

PENAMPANG – Seramai 937 mangsa banjir di daerah Penampang bakal menerima bantuan tunai RM1,000 sumbangan kerajaan negeri dalam usaha meringan beban penduduk di kawasan terjejas.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib penduduk di daerah berkenaan yang dilanda bencana alam termasuklah di Kampung Sugud yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Saya sudah mendengar taklimat daripada Pegawai Daerah. Oleh itu, saya mengumumkan kita akan memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas teruk, seramai 937 orang akan kita berikan bantuan RM1,000 secara tunai.

“Kita juga akan bina semula 10 buah rumah yang telah dihanyutkan banjir selain bantuan peralatan yang diperlukan penduduk kampung untuk tujuan kerja-kerja pembersihan turut akan dibekalkan,” katanya.
Hajiji berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau situasi terkini Kampung Sugud hari ini.

Sementara itu, ditanya berkaitan pendekatan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah banjir di Sabah, Hajiji memaklumkan pelbagai usaha sedang dilakukan ketika ini.

“Kita sudah mengarahkan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) untuk membersihkan kawasan anak sungai, sungai serta longkang yang berkemungkinan boleh menyumbang kepada aliran tersumbat atau banjir sebagai inisiatif jangka masa pendek.

“Dalam pada itu, kita juga sedang buat perancangan mengenai pembesaran sungai dan beberapa usaha lain untuk pendekatan jangka masa panjang,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI