fbpx

Kilang kimia dikompaun RM10,000 buang sisa waktu hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan longkang yang dipenuhi dengan sisa industri berwarna merah di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Klang.

KLANG – Tindakan sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Puloh di sini membuang sisa industri berwarna merah ketika waktu hujan Ahad lalu membawa padah apabila dikompaun RM10,000 semalam.

Pengeluaran kompaun itu hasil pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pukul 10.45 pagi susulan kegagalan mematuhi peraturan pengurusan buangan terjadual.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, sampel air buangan daripada proses kilang untuk analisis kimia bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI