fbpx
Putri Jasnita (kiri) bersama Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur, 12 September lalu.

‘Ini hadiah hari jadi bermakna buat arwah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiada apa yang diharapkan oleh seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, selain berdoa agar pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian remaja itu mene­rima hukuman setimpal.

Sepupu Muhammad Hafiz Syamir, Putri Jasnita Abdullah, 19, berkata, dia secara peribadi bersyukur apabila pelaku kepada kejadian itu telah didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh.

Malah katanya, pertuduhan berat yang membawa hukuman mati kepada individu berkenaan dianggap sebagai hadiah hari jadi bermakna buat Allahyarham sepupunya yang sepatutnya diraikan semalam.

“Kami berharap ada keadilan buat kedua-dua mangsa kerana perbuatan si pelaku dengan memandu melawan arus adalah sesuatu yang tidak bertimbang rasa dan kejam.

“Kes memandu melawan arus ketika ini banyak berlaku seolah-olah mereka tiada kesedaran sivik mengenai keselamatan orang lain di jalan raya.

“Hari ini (semalam) adalah hari jadi arwah, dan sudah pasti seluruh keluarga merasai kehilangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Pemandu lawan arus berdepan hukuman gantung

Berita berkaitan: Dua remaja maut dilanggar kenderaan lawan arus

Putri berkata, tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasikan semula kes tersebut membuktikan bahawa tindakan melawan arus tidak boleh dipandang ringan oleh pengguna jalan raya.

“Sudah pasti, kami sekeluarga berharap ada pembalasan se­timpal terhadap tertuduh kerana disebabkan seorang individu, orang lain telah menjadi mang­sa,” tegasnya.

Berita berkaitan: Pemandu lawan arus didakwa bunuh dua remaja

Katanya, dia bersama ahli keluarga lain masih terkejut dengan kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir.

“Arwah seorang yang peramah dan mudah bergaul. Ketiadaannya sangat dirindui.

“Dia juga tidak pernah kedekut dan ringan tulang dalam membantu kami sekeluarga,”ujarnya.

Pada awal pagi 12 September lalu, dua remaja maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka dilanggar Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan.

Hasil ujian air kencing mendapati, pemandu kenderaan pikap itu positif dadah jenis ganja.

KEADAAN kereta Proton Wira dinaiki dua remaja dilanggar Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, 12 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN