fbpx

Tajaan mewah menanti Raducanu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma Raducanu

LONDON – Selepas melakukan kejutan meraih kemenangan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS), pemain remaja berusia 18 tahun, Emma Raducanu bakal menerima tajaan mewah dari syarikat gergasi dunia mencecah £1 bilion (RM5.73 billion).

Puluhan jenama global dari sektor fesyen, automotif, minuman ringan dan kecantikan dikatakan sedang mendekati pemain remaja tenis kelahiran Britain tersebut.

Antara syarikat yang dikatakan akan me­lakukan perbincangan dengan Raducanu ia­lah Uniqlo Jepun, Aston Martin, Chanel, Lacoste serta beberapa syarikat kripto dan juga pengeluar barang kemas mewah Amerika Syarikat (AS), Tiffa­ny & Co.

Buat ma­sa ini, Raducanu telah menjalankan kerjasama dengan Max Eisenbud yang merupakan ketua syarikat IMG Tennis dan merupakan ejen serta individu pen­ting dalam perkembangan karier ramai atlet tenis hingga meraih pendapatan yang tinggi.

IMG pernah membantu bintang tenis Rusia, Maria Sharapova mendapatkan tajaan sya­rikat mewah hingga meraih pendapatan sebanyak £234 juta (RM1.3 bilion).

“Satu gelaran Grand Slam tidak menjamin apa-apa. Per­bincangan melibatkan pendapatan sehingga berjuta mahupun billion tidak akan membantu Raducanu atau bintang yang semakin naik pada perlawanan akan datang.

“Anda tidak akan membuat kemajuan dalam industri ini jika memikirkan soal perniagaan. Apa pun, saya sangat menghargai dengan anda semua yang ingin mengetahui perkembangan terkini Raduca­nu,” kata Eisenbud.

Atlet wanita tenis yang me­raih pendapatan tertinggi ketika ini adalah pemenang Grand Slam empat kali dari Jepun, Naomi Osaka yang memperoleh AS$55 juta (RM229.43 juta) pada tahun 2020.

20 jenama gergasi dunia yang menjalankan kerjasama dengan Osaka terdiri daripada Nike, Mastercard, Yones, Louis Vuitton, Levi’s, Nissan, Tag Heuer, Beats, Panasonic dan lain-lain termasuk hadiah kemenangan berjumlah AS$5 juta (RM20.8 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI