fbpx

Pesakit kuarantin di MAEPS boleh kira dengan jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian oleh Adrian Shah menunjukkan pusat kuarantin di MAEPS Serdang sudah mula lengang.

PETALING JAYA – Seorang petugas barisan hadapan berkongsi video keadaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang menunjukkan situasi di pusat kuarantin itu semakin lengang.

Menerusi perkongsian video oleh Andrian Shah di laman aplikasi TikTok, dia bersama petugas barisan hadapan yang lain bertanya ke mana mereka akan pergi selepas pusat kuarantin tersebut tiada pesakit suatu masa nanti.

Berdasarkan video berdurasi 25 saat yang dikongsikan oleh Andrian Shah, kelihatan kawasan di sekitar MAEPS sudah mula lengang dan pesakit-pesakit Covid-19 juga sudah boleh dihitung menggunakan jari.

Video itu mendapat lebih 493,00 tontonan dan 36,000 tanda suka di laman aplikasi Tiktok.

Rata-rata netizen lega dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan petugas barisan hadapan dalam mengekang wabak Covid-19.

“Khabar berita yang baik buat semua kerana negara kita sudah ada sinar untuk kembali menjalani kehidupan yang normal, selepas sudah dua tahun hidup dalam ketakutan,” kata @AriffRoseli.

“Terima kasih kepada frontliners yang sanggup mengorbankan apa-apa sahaja demi memastikan kami hidup dalam keadaan yang sihat dan dijauhi penyakit Covid-19,” jelas @TarmiziAhmad.

“Selepas ini mesti rindu detik-detik di dekat sana, petugas di MAEPS, Serdang semua baik-baik walaupun penat, tetapi mereka tetap menceriakan kehidupan seharian kami,” ujar @ZalehaHassan. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI