fbpx

Kes harian kekal bawah 15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan apabila ia kekal di bawah angka 15,000 dengan sebanyak 14,345 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan dicatatkan itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 2,112,175 kes.

Menurut beliau, Sarawak merekodkan sebanyak 3,611 kes, diikuti oleh Johor (1,598 kes) dan Selangor (1,365 kes).

“Sabah (1,255 kes), Pulau Pinang (1,170 kes), Perak (1,090 kes), Kelantan (1,050 kes), Kedah (967 kes), Terengganu (804 kes), Pahang (779 kes), Kuala Lumpur (307 kes), Melaka (162 kes) dan Negeri Sembilan (125 kes).

“Perlis (51 kes), Putrajaya (11 kes) dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI