fbpx

Kebenaran rentas negeri diumum dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk tujuan itu.

Menurut beliau, pengumuman mengenai hasil perbincangan kebenaran rentas negeri akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Apabila rentas negeri dibuka orang luar boleh masuk (ke negeri lain). Kementerian telah senaraikan nama-nama destinasi.

“Bukan sahaja pulau, termasuk kawasan darat seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill dan lain-lain destinasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung gelembung pelancongan di destinasi selain Langkawi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI