fbpx

Hujan berterusan, Jalan Penampang – Tambunan terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan lebat berterusan mengakibatkan jalan utama yang menghubungkan daerah Penampang-Tambunan di Kilometer 52.35 terputus ekoran runtuhan malam tadi. -Foto IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Hujan lebat berterusan mengakibatkan jalan utama yang menghubungkan daerah Penampang Tambunan di Kilometer 52.35 terputus ekoran runtuhan malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, runtuhan
berlaku kira-kira pukul 7 malam di jalan berhampiran Air Terjun Masakob.

“Siasatan awal mendapati jalan berkenaan terputus sepanjang hampir 30 meter selepas berlaku mendapan dipercayai disebabkan hujan lebat berterusan dan jalan berkenaan dipercayai runtuh sepenuhnya sehingga tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan yang kini dikategorikan sebagai merbahaya.

“Bagi pengguna jalan yang menghubungkan dua daerah ini boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau-Tambunan melalui Jalan Kimanis – Keningau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Farhan menyatakan pihaknya juga sudah memasang sawar-sawar sebagai amaran kepada pengguna jalan supaya tidak melalui jalan terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan yang berlaku di lokasi kejadian.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya terima panggilan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI