fbpx

Lebih 18 juta individu dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 77.5 peratus atau 18,135,561 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 92.9 peratus atau lebih 21,861,904 juta individu pula sudah menerima suntikan Sebanyak 77.5 peratus atau 18,135,561 individu dewasa negara ini telah lengkappertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 238,002 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Perak telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 24,534, diikuti Johor (23,889),Sabah (18,608), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (17,966), Selangor (17,153), Kedah (16,854) dan Pulau Pinang (12,052).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin seluruh negara adalah lebih 39,997,465 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI