fbpx

Everton buru mata penuh pertembungan di Villa Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON memulakan saingan musim baharu dengan baik apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat aksi setakat ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Rafa Benitez mengakui sangat gembira dengan aksi awal musim yang sangat baik dipamerkan oleh para pemainnya tetapi masih percaya masih ada beberapa ruang yang perlu diperbaiki.

Aksi tanpa kalah dalam empat perlawanan awal menyaksikan Everton kini berjaya mengumpul 10 mata sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu Manchester United.

Keputusan seri menentang Leeds United sebelum ini adalah satu-satunya perlawanan di mana Everton tercicir mata daripada empat aksi berkenaan dan Benitez berharap mereka mampu untuk kembali mengutip mata penuh berdepan Aston Villa awal pagi esok.

“Sukar untuk saya katakan bahawa kami sempurna, mungkin hampir sempurna itu adalah tepat. Namun, bagi sebuah pasukan yang baharu sahaja bertukar pengurus, ia suatu yang boleh dibanggakan.

“Saya sangat gembira dengan situasi semasa dan berharap ia akan berterusan. Ia bukanlah suatu yang mudah tetapi kami akan mencuba untuk melakukannya.

“Ada ruang yang masih boleh diperbaiki. Saya tidak suka gawang kami dibolosi terlebih dahulu dan secara jujurnya saya tidak suka lawan menjaringkan gol kami.

“Saya juga fikir, kami mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dan kami akan menambah baik beberapa aspek termasuk transisi gerakan dan cara kami melakukan sera­ngan,” jelasnya.

Selain itu, Benitez mengakui kehadiran semula penyokong ke stadium turut memberi kesan kepada persembahan terbaik dipamerkan oleh para pemainnya apabila mereka berjaya meraih dua kemenangan pada aksi di laman sendiri setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI