fbpx

Copenhagen bandar paling selamat di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ini kali pertama Copenhagen diiktiraf sebagai bandar paling selamat di dunia dalam tinjauan SCI. - CNN

COPENHAGEN, Denmark – Ibu negara Denmark, Copenghagen telah dinamakan sebagai bandar paling selamat di dunia buat pertama kali, lapor stesen penyiaran CNN, semalam.

Menerusi tinjaun yang dibuat oleh Indeks Bandar Selamat Unit Perisikan Ekonomi (SCI), Copenhagen menduduki tangga pertama daripada 60 negara yang disenaraikan.

Bandar ini menjadi wakil negara Eropah pertama yang berjaya menduduki tempat teratas selepas ia dikuasai oleh bandar benua Asia seperti Tokyo, Osaka dan Singapura sejak beberapa tahun lepas.

Copenhagen mencatat jumlah mata 82.4 daripada jumlah keseluruhan 100 mata bagi penilaian sektor keselamatan digital, keselamatan kesihatan, infrastruktur, keselamatan diri dan keselamatan alam sekitar.

“Salah satu faktor utama yang menjadikan Copenhagen sebagai bandar yang selamat adalah kadar jenayah rendah, yang kini berada pada tahap terendah dalam tempoh lebih satu dekad.

“Copenhagen juga digambarkan menerusi perpaduan sosial yang besar dan jurang kekayaan yang agak kecil. Ia adalah bandar campuran di mana penduduk berjawatan kakitangan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mempunyai anak-anak mereka di sekolah yang sama,” kata Datuk Bandar Copenhagen, Lars Weiss.

Berada di kedudukan seterusnya dalam tinjauan itu adalah Toronto, Kanada dengan 82.2 mata, Singapura (80.7), Sydney, Australia (80.1) dan Tokyo (80). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI