fbpx

Alhamdulillah hati saya berbunga-bunga – Farahdhiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farahdhiya bersyukur kerana dapat khatam al-Quran dan pada masa sama lengkap 14 hari vaksinasi.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya berkongsi kegembiraan apabila berjaya khatam al-Quran dan pada masa sama telah genap 14 hari mendapat vaksinasi lengkap.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Farahdhiya, 37, memberitahu bahawa hatinya berbunga-bunga kerana dapat khatam al-Quran dan pada masa sama telah genap 14 hari selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas disuntik dos kedua vaksin AstraZeneca. Saya telah divaksinasi penuh,” ujarnya.

Seloroh pemilik nama lengkap Farahdhiya Mohd. Amin itu lagi, dia juga mengibaratkan menunggu untuk mendapatkan dos kedua vaksin AstraZeneca umpama menunggu jodoh.

“Menunggu dos kedua vaksin AstraZeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon drama Ali Alia itu juga memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada aktif dalam laman sosial sejak beberapa waktu lalu kerana ingin memberi fokus untuk diri sendiri.

Ujar Farahdhiya, keputusan untuk berehat sementara daripada muncul dalam mana-mana platform media sosial adalah tindakan tepat kerana mendapat manfaat untuk diri sendiri.

“Alhamdulillah. Saya dapat rehat yang baik dan kini saya kembali!” ujarnya.

Selepas lengkap divaksinasi, Farahdhiya juga berkongsi keinginannya untuk makan pelbagai jenis makanann seperti dimsum, Korean BBQ serta makanan Jepun.

Malah, dia juga berasa tidak sabar untuk kembali bekerja selepas sberbulan-bulan tidak daoat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya.

Terdahulu, Farahdhiya pernah berkongsi rasa sedihnya apabila merindui kehidupan seperti dahulu tanpa perlu menggunakan pelitup muka.

“Tolong pergi jauh-jauh Covid-19! Virus ini telah mengambil kehidupan saya hampir setahun.

“Kami mahu kehidupan yang normal seperti dulu tanpa perlu menggunakan pelitup muka dan boleh memeluk rakan-rakan. Saya merindui semua detik itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI