fbpx

388 kes kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Sumber Facebook KKM.

PUTRAJAYA – Sebanyak 388 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut laman web CovidNow.
Mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 108 kes kematian dilaporkan dalam tempoh purata tujuh hari.

“Angka 388 kes kematian itu menjadikan sebanyak 22,743 kes kematian Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Sebanyak 64 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,327 kes,” katanya di sini hari ini.

Kesemua kes kematian tersebut dilaporkan di semua negeri iaitu Selangor (239), Sabah (142), Sarawak (106), Johor (103), Kuala Lumpur (100), Perak (99), Kedah (85), Kelantan (74), Pulau Pinang (71), Melaka (70), Pahang (50), Terengganu (31), Negeri Sembilan (21), Perlis (6), Putrajaya (6) dan Labuan (1).

Terdapat 221,339 kes aktif melibatkan 183,897 kes dikuarantin di rumah, 24,577 kes, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,661 kes di hospital, 496 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 708 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 17,577 kes positif Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,067,327 kes. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI